Rabu, 26 Mei 2010

Cerita yang Best.....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

BAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

HaRi GurU sKaG 2010

Tahun 2010 merupakan tahun ketiga aku menyambut Hari Guru sebagai seorang guru...emr seronok and happy sgt.Almaklumlah Hari Guru. Banyak gak lah aku dapat hadiah,tapi tahun ni dah merosot berbandng ngan tahun2 sebelum nie....aku hamya mengajar 2 kelas tahun 3 Utarid dan 3 Zuhrah.

Pagi hari kejadian guru2 menyanyikan Lagu yang WAJIB dinyanyikan oleh semua guru di Malaysia...iaitu GURU MALAYSIA. Bila nyanyi lagu ni...fuhh..naik bulu roma aku...xtau kenapa.nak nangis pun ada..masa nyanyi lagu ni aku banyangkan jasa cikgu2 aku dulu..mendidik aku samapai aku jadi seperti sekorang.Tak terbalas rasanya jasa dan perngorbanan mereka. Ada persembahan murid..tarian,deklamasi sajak, syair dan nyanyian muri Pra Sekolah....

Then ada cabutan bertuah untuk guru2,semua guru dapat hadiah...walaupun xsama saiz.janji dapat.aku....dapat hamper yang mengandungi TEPUNG,GULA,TEH dan SOS..memang elok buat cekodok sambil minum air teh.

Sebelum sesi sekolah tamat ada sukaneka untuk guru2.Permainan yang paling disukai...nak tahu apa? Main boling buah kelapa...puaslah baling buah kelapa tapi botol mineral xjatuh2...time nilah nak tengok cikgu bersuka ria...melompat keriangan bagai kanak2.

Tahun depan xtaulah dapat smbut hari guru kat SKAG lagi ker x,sebab aku dah minta tukar ke Perak...

Selasa, 25 Mei 2010

Kenanga lama....

Hari ni,malam ni happy sgt jumpa Cikgu english masa sekolah Drjah 6 1993 dulu, Sir Musa.Jumpa pun dlm FB (Facebook)..tapi happy sebab dapat tahu khabar berita sir. Dia pun nampak gembira bila jumpa kami2 anak murid nya yang kini dah dewasa,dah bekerja and dah beranak pinak....Rasanye macam nak buat REUNION KELAS ^ PUTIH 1993...

Aku dulu murid yang malas tapi pandai gak lah...yelah xkan xpandai kalo duduk kelas pertama daripada 4 buah kelas...tapi disebabkan kemalasanku itu,result UPSR aku xberapa bagus....cukup makan.

Tapi kini and now aku dah jadi cikgu...cikgu comel.aku xnak anak murid aku malas2 macam aku dulu.contohilah aku masa aku sekolah menengah,sebab aku rajin belajar...sampaikan PMR and SPM dapat result yang tak kusangka.Then aku masuk universiti,tapi waktu tu UiTM di panggil ITM Intitut Teknologi Mara. Then tahun tu juga ITM telah bertukar nama kepada UiTM Universiti Teknologi Mara...UiTM DIHATIKU....